Cara Beli ETF Global

Cara paling ringkas untuk rakyat Malaysia beli ekuiti dunia.

Simulator bagi anda satu impian. Halaman ini bagi resit, laluan buka akaun, dan sebab kenapa ramai pelabur Malaysia patut faham beza ETF US vs Ireland sebelum klik butang beli.

US ETF accessIreland ETF accessForex spreadCommissionCatatan
Interactive Brokers MYTiada minimum rasmiYaYaSangat ketatBiasanya sangat rendah, ikut pasaran / tierTidakPilihan paling lengkap untuk beli VWRA, CSPX, IWDA atau SWRD.
Moomoo MYRM0YaTidakPertukaran dalam app, spread berubah ikut pasaranPromo RM0 / kadar standard rendah ikut pasaranTidakPaling mudah untuk mula beli ETF US, tetapi tiada akses LSE Ireland.
Rakuten Trade (US)RM0YaTidakMYR↔USD dalam platform0.10%, min USD0.88, maks USD25TidakMesra pengguna Malaysia, tetapi pilihan global masih tertumpu kepada pasaran US.
Wahed InvestSekitar RM100Melalui portfolio Wahed, bukan pilih sendiriTidakDiurus dalam portfolioYuran pengurusan portfolioYaPaling mudah untuk pelabur yang mahu laluan patuh syariah tanpa pilih ETF sendiri.
Webull MYRM0YaTidakDalam platform, berubah ikut pasaranPromo 0 komisen / yuran platform ikut kempenTidakAplikasi kemas dan murah untuk US market, tetapi bukan laluan Ireland ETF.

Nota: Data disemak April 2026. Sila sahkan di laman broker.

Withholding Tax

Halaman kedua paling penting selepas scam.

ETF yang didaftarkan di Amerika (SPY, QQQ, VT, VOO): dividen anda dipotong 30% cukai oleh IRS.

ETF yang didaftarkan di Ireland (VWRA, CSPX, IWDA, SWRD): dividen dipotong 15% sahaja.

Pada pelaburan RM2,000/bulan selama 25 tahun, beza ini boleh mencecah RM200,000+.

Untuk majoriti pelabur Malaysia, pilih versi Ireland-domiciled kerana potongan dividen biasanya lebih ringan berbanding versi US-domiciled.

Ringgit vs Dollar

Jangan cuba teka kadar tukaran.

Ringgit akan naik turun terhadap USD dari tahun ke tahun. Jika anda tunggu “kadar cantik”, biasanya yang anda dapat ialah lebih banyak alasan daripada unit ETF. DCA membantu mengurangkan risiko kadar tukaran kerana anda membeli sedikit demi sedikit sepanjang masa.

Memuatkan kandungan...

Moomoo MY walkthrough

Lapan ilustrasi yang cukup untuk pembelian pertama.

Kami guna Moomoo MY sebagai laluan paling mudah untuk pelabur baru. Jika matlamat anda ialah ETF Ireland seperti VWRA, pergi terus ke Interactive Brokers. Di sini kami sengaja guna ilustrasi aliran, bukan screenshot sebenar, supaya perubahan UI broker dari semasa ke semasa tidak mengelirukan langkah utama.

Skrin 1: Buka akaun dan pilih akaun tunai, bukan margin.

Ilustrasi langkah 1

Skrin 2: Lengkapkan eKYC dan sahkan butiran IC / alamat.

Ilustrasi langkah 2

Skrin 3: Sambung akaun bank tempatan untuk deposit.

Ilustrasi langkah 3

Skrin 4: Deposit RM dan tunggu dana settle.

Ilustrasi langkah 4

Skrin 5: Cari ticker ETF pilihan anda.

Ilustrasi langkah 5

Skrin 6: Semak sama ada ia versi US atau Ireland.

Ilustrasi langkah 6

Skrin 7: Masukkan nilai pembelian pertama, contohnya RM500.

Ilustrasi langkah 7

Skrin 8: Review order, yuran dan tekan Confirm.

Ilustrasi langkah 8

Walkthrough pembelian pertama

Beli RM500 VWRA

1

Pastikan broker anda memang beri akses ke London Stock Exchange / Ireland ETF. Jika tidak, jangan cari VWRA dalam app yang salah.

2

Cari ticker VWRA dan semak nama penuh ETF sebelum beli.

3

Tukar sedikit MYR ke USD jika broker anda memerlukannya.

4

Masukkan jumlah pembelian pertama sekitar RM500 setara USD.

5

Review spread, commission, dan pastikan anda tidak tersalah pilih SPY / VOO kerana nama nampak familiar.

FSI pasca-2022 bagaimana?

Peraturan Foreign-Sourced Income boleh berubah ikut tahun cukai. Untuk majoriti pekerja makan gaji, isu utama di sini ialah struktur broker, rekod transaksi, dan bukti asal dana. Jika jumlah besar, semak dengan akauntan cukai Malaysia.

Bagaimana tarik duit balik ke Malaysia?

Jual ETF, settle cash, tukar balik ke MYR jika perlu, kemudian withdraw ke akaun bank tempatan. Simpan rekod trade confirmation dan penyata broker.

Apa jadi jika broker tutup?

Aset pelanggan sepatutnya disimpan berasingan daripada wang operasi broker, tetapi proses pemindahan boleh ambil masa. Itu sebab penting semak regulator, struktur custody, dan rekod akaun anda.

Custody vs omnibus account?

Custody ialah bagaimana aset anda disimpan oleh pihak ketiga. Omnibus bermaksud pegangan digabung pada peringkat penjaga, tetapi broker masih rekod siapa pemilik benefisialnya. Ini bukan automatik buruk, cuma anda perlu faham strukturnya.